Apa yang lebih menyeronokkan selain masuk ke negara luar dengan memandu kereta sendiri? Tapi jika anda ingin masuk ke Singapura, pastikan anda tahu 1 perkara penting ini.
Selain dari membayar permit kereta (VEP) yang mahal sehingga SGD 35 (~RM106.43), dan caj-caj lain, anda juga wajib tahu berapa harga saman yang perlu dibayar jika anda ditahan menggunakan telefon di sini.
Saman Menggunakan Telefon Semasa Memandu
Jika anda tidak tahu akan perkara ini, anda mungkin pulang ke Malaysia dengan menangis. Itupun jika anda dapat pulang.
Mulai Februari 2015, jika anda ditahan kerana menggunakan gajet sewaktu memandu, dendanya ialah SGD 1000 (~RM3031.5) atau penjara 6 bulan. Dan oleh kerana istilah “mobile devices” dalam undang-undang itu merujuk kepada apa sahaja alat yang boleh digunakan untuk telekomunikasi, ia bermakna tablet seperti iPad atau Tab pun tidak terkecuali.
Denda untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya ialah dua kali ganda kadar di atas.
Yang menariknya, undang-undang ini tidak terhad kepada membuat panggilan atau texting. Hanya memegangnya sudah dikira satu kesalahan — jadi membuka Facebook, Twitter atau memuat turun dokumen Powerpoint pun sudah satu kesalahan.
Sila ambil berat perkara ini. Tabiat anda di Malaysia mungkin menyebabkan anda meraung dalam penjara Singapura!
No comments:
Post a Comment