Saturday, November 28, 2015

Tips melancong ke Cameron Highlands




.
1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
.
2. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.
.
Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
.
Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma.
.
Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
.
3. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan porsi yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
.
4. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
.

Thursday, November 26, 2015

Tip Melancong: 6 Kesilapan perlu dielakkan


Walaupun kita dah beberapa kali pergi melancong di dalam atau di luar negara, anda pastinya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan yang selalu dilakukan ketika bercuti.

Kadang-kadang ia boleh memberikan masalah yang tidak terduga.

Oleh itu, semak Tip Melancong: 6 Kesilapan perlu dielakkan kali ini yang menyenaraikan beberapa kesalahan perlu dielakkan saat bercuti di luar negara supaya percutian anda berjalan lancar.


1. Beg lebih muatan

Keterujaan bercuti  ada kalanya membuatkan kita hampir membawa semua pakaian yang ada di dalam almari baju, terutama jika ia adalah percutian kali pertama anda.

Jangan sesekali membawa beg dengan muatan lebih. Ini kerana, anda pastinya akan membeli pakaian baru di destinasi percutian anda.

Justeru, bawalah pakaian yang mudah dicuci serta pakaian yang boleh dipakai berulang kali seperti jaket dan seluar jean.

Tip Melancong: 6 Kesilapan perlu dielakkan
sumber : harian metro

2. Tidak ada senarai semak

Ia mungkin kedengaran leceh tetapi hakikatnya, dengan menyediakan senarai semak, percutian anda akan menjadi lebih mudah.

Tidak perlu menyenaraikan semuanya. Cukuplah sekadar satu senarai pendek yang memudahkan anda untuk melihat apa yang perlu dibawa, ke mana anda mahu pergi dan aktiviti apa boleh dilakukan sepanjang percutian anda itu.

Senarai semak ini juga dapat membantu anda mengingati sesuatu perkara penting dan tempat yang harus dituju memandangkan anda tidak biasa dengan tempat dikunjungi.

Percutian anda juga pasti akan lebih mudah dengan adanya senarai semak ini.


3. Tidak membawa ubat-ubatan

Ketika bercuti, membawa ubat asas adalah sangat perlu. Bukannya apa, jika sakit tidak serius ketika bercuti, anda boleh merawat diri sendiri.

Bukankah membazir jika anda jatuh sakit ketika bercuti dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik di destinasi yang di kunjungi?

Jadi, untuk waktu kecemasan dan menjimatkan perbelanjaan anda di luar negara, bawalah ubat yang dirasakan sesuai.

Anda mungkin boleh membawa paracetamol, ubat selesema, ubat batuk, minyak angin, ubat sakit perut, antiseptik, minyak urut, plaster, pembalut dan ubat lain yang dirasakan sesuai.


4. Tidak menukar duit lebih awal

Menukar duit pada saat akhir atau menukar duit apabila sampai di destinasi adalah perkara yang harus dielakkan.

Di sini, kita sudah tahu tempat yang bagus dan memberikan tukaran mata wang yang terbaik. Tetapi jika menukarnya di luar negara, anda boleh saja ditipu atau mungkin sukar untuk mencari pengurup wang. Ia pasti menyusahkan bukan.

Jadi, pastikan anda menukar wang dulu sebelum ke luar negara. Tidak mengapa jika membawa wang lebih daripada yang diperlukan. Kalau ada lebihan, boleh disimpan atau ditukar balik.


5. Tak ada ketua

Ketua yang dimaksudkan adalah orang yang boleh diharapkan untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport, tiket, baucar hotel dan apa saja yang penting terutama bercuti lebih daripada seorang.

Biasanya, mereka yang layak jadi ketua ini adalah seorang yang lebih terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.

Bercuti dengan ‘ketua’ ini juga membuatkan anda lebih yakin dan selamat, terutama jika anda pertama kali keluar negara atau yang tidak yakin diri.


6. Tidak membawa makanan ringan

Ia mungkin sesuatu yang melecehkan, namun sangat membantu terutama jika anda bercuti di negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal.

Bawalah sekurang-kurangnya biskut, buah dan makanan ringan yang anda sukai.

Mahu yang lebih menyelerakan, anda juga boleh membawa ikan bilis, mi segera dan banyak lagi yang dapat mengelakkan anda daripada kelaparan saat melancong.

Anda juga boleh menjimatkan duit untuk makanan dan dapat membeli lebih buah tangan untuk diri sendiri ataupun keluarga di tanah air.

- See more at: http://www.adamhomestay.com/tip-melancong-6-kesilapan-perlu-dielakkan/#sthash.FVkvR3gs.dpuf

Tuesday, October 20, 2015

Hari 'Back to the Future': Ramalan mana yang jadi kenyataan?

Hari 'Back to the Future': Ramalan mana yang jadi kenyataan?
Marty McFly bersama Emmet "Doc" Brown lakonan Christopher Lloyd mengembara ke masa hadapan bertarikh 21 Oktober 2015. - Universal Pictures

HARI ini, 21 Oktober 2015, mungkin hari yang biasa bagi sesetengah orang. Namun bagi penggemar filem trilogi sci-fi "Back to the Future", hari ini adalah hari yang sangat penting.

Ini kerana dalam sekuel kedua filem itu yang diterbitkan pada tahun 1989, watak Marty McFly, lakonan Michael J. Fox, mengembara dan seterusnya tiba di masa hadapan pada tarikh 21 Oktober 2015.

Banyak ramalan yang dibuat pengarah filem tersebut tentang apa yang berlaku pada tahun 2015. Ada yang tersasar, tidak kurang juga yang menjadi kenyataan.

Mari kita lihat hasil sebahagian ramalan-ramalan tersebut.

Ramalan

KERETA TERBANG: Tidak


Video: YouTube Movieclips

Gambaran Back to the Future ialah jalan raya tidak lagi merupakan satu keperluan kerana adanya kereta terbang. Hakikatnya, masih jauh lagi sebelum kereta seumpama itu dapat direka. Pun begitu harapan tetap ada kerana sebuah syarikat pembuatan kereta dari Slovakia, AeroMobil sedang berusaha untuk menjadikannya kenyataan. Namun untuk memandu kereta ini, pemandu dikatakan perlu memiliki lesen juruterbang.

PANGGILAN TELEFON DENGAN VIDEO: Ya


Video: YouTube Movieclips

Sejak beberapa tahun lalu, kita sudah mempunyai kemudahan membuat panggilan telefon melalui Skype, FaceTime, Snapchat dan Google Hangouts; kesemuanya mengaplikasikan konsep panggilan telefon dengan video.

HOVERBOARD: Tidak


Video: YouTube Movieclips

Hampir sama nasib dengan kereta terbang. Walaupun syarikat seperti Hendo dan Lexus sudah memperkenalkan hoverboard keluaran mereka, namun teknologi berkenaan masih perlu dikaji. Ini kerana ia memerlukan permukaan atau surface yang direka khas.

JAWS 19: Ya dan Tidak


Video: YouTube Movieclips

Jika yang dimaksudkan adalah sekuel filem Jaws ke-19, ia tidak tepat kerana filem berkenaan, setakat ini hanya punya tiga sekuel. Tetapi jika yang dimaksudkan ialah filem berkonsep 3D, jawapannya ya. Industri filem 3D berkembang sangat pesat hari ini dan ia bukan sesuatu yang asing.

DRON: Ya

Dron
Foto: highdefdigest.com/YouTube

Satu babak dalam filem berkenaan menunjukkan sebuah dron digunakan untuk mengambil gambar. Dron kini antara perkara wajib yang dimiliki oleh seorang jurugambar atau jurukamera profesional, sehinggakan ada sesetengah kawasan perlu diwartakan sebagai kawasan larangan dron.

Yang terlepas daripada ramalan

Telefon pintar. Biarpun filem ini mempamerkan kreativiti dan pemikiran luar kotak yang dimiliki tenaga kerjanya, namun masa hadapan tetap satu perkara yang sukar diramal. Ini terbukti apabila salah satu teknologi paling pesat dan penting hari ini, iaitu telefon pintar, langsung tidak wujud dalam filem ini. Malah pondok telefon juga masih digunakan dalam gambaran tahun 2015 sedangkan hakikatnya hari ini, pondok telefon sudah hampir 'pupus'.

Ia sebaliknya meramal smartglasses, di mana penerima panggilan telefon boleh mengetahui siapa yang membuat panggilan dan untuk siapa panggilan itu.


Video: YouTube Movieclips

Tuesday, September 22, 2015

Lelaki Ini Cerita 10 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Lebih Beruntung Dari Penduduk Jerman

Imej dari khairulabdullah.com
Pastinya ramai yang masih terluka lagi dengan kekalahan pasukan Malaysia menentang UAE yang berkesudahan 10-0. Lantas seorang blogger  bernama Khairul Abdullah meredakan kemarahan rakyat Malaysia dengan menceritakan serta membuat 10 perbandingan mengapa rakyat Malaysia lebih beruntung dari penduduk Jerman dan hasilnya kita menang 10-0 mengalahkan negara mereka. Ikuti nukilan hati blogger ini tentang 10 perkara yang menguntungkan rakyat Malaysia berbanding penduduk Jerman.
“Jom saya ceritakan mengapa orang yang tinggal di Malaysia lebih untung dari orang di Jerman. Saya akan senaraikan 10 perkara penting yang dinikmati oleh rakyat Malaysia dan memang orang Jerman tak boleh lawan. Untuk perbandingan ini memang Malaysia menang 10-0 ke atas Jerman. Cukup untuk membalut luka kekalahan bolasepak ke atas UAE dengan skor yang sama tempohari.”
1. Membeli-belah
Imej dari greatermalaysia.com
Orang di Jerman boleh membeli belah hanya 6 hari seminggu dan cuma setakat jam 8 malam sahaja. Lepas 8 malam kedai dan shopping complex semua dah tutup. Dah le 7 eleven pun takde, jadi kalau emergency nak beli apa tengah-tengah malam maka simpan sahaja lah niat anda tu. Tunggu lah kedai buka esok pagi yer. Itu pun kalau pagi esoknya tu hari Sabtu, kalau hari Ahad maka kena redhalah dan tunggu hari Isnin sebab hari Ahad semua kedai dan shopping complex tutup. Jadi terpaksalah orang Jerman menghabiskan cuti hari Ahad bersama keluarga dan anak-anak dengan pergi berkelah atau bermain di taman. Kesian kan diaorang tak boleh pergi shopping.
Kalau di Malaysia, boleh shopping 7 hari seminggu sampai jam 10 malam, kadang-kadang ada shopping complex atau supermarket bukak sampai jam 11 malam.Kalau taknak membeli belah pun boleh habiskan masa yang banyak tu dengan berjalan-jalan atau lepak layan facebook guna wifi free. Kalau nak beli barang jam 2 pagi boleh pergi 7 eleven atau banyak lagi kedai yang bukak 24jam. Atau pergi Uptown kalau teringat nak beli kasut jam 3 pagi. Jadi dengan membeli belah 7 hari seminggu maka kita rakyat Malaysia merancakkan ekonomi negara.
Jadi, untunglah orang Malaysia boleh shopping 24 jam dan negara bertambah maju. Orang Jerman pula peluk anak dan bini dan tidur memendam rasalah jawabnya. Malaysia skor 1-0 kat sini.
2. Makan Minum
Imej dari funnymalaysian.net
Di Malaysia nak makan apa semua ada. Restoran bukak 24 jam, kalau lapar jam 3.48 pagi pun boleh start kereta atau motor dan menderum ke mamak. Kalau malas nak keluar boleh telefon dan order sahaja. Boleh makan 5-7 kali sehari bermula selepas subuh sehinggalah ke subuh keesokan harinya. Kalau tak nak masak di rumah pun tak apa sebab 365 hari setahun 24 jam sehari kita boleh dapat makan di mana-mana sahaja. Restoran makanan segera pun banyak, boleh beli fries dan coke kemudian duduk 6 jam sambil guna wifi free. Lepas dah habis boleh terus blah saja. Balik rumah terus boleh tidur sebab perut dah kenyang. Alhamdulillah, kita semua sihat dan cukup makan.
Di Jerman pula, kalau dah makan fries tu dah habis kena lap meja sendiri, kena susun kerusi sendiri dan kena buang sampah dan tray ke tempat yang disediakan. Dah ler bayar duit, kena kemas sendiri pulak. Apa ke hal. Restoran pula biasanya tutup pukul 10 malam. Kafe dan bar tutup sekitar 12malam dan kalau malam minggu diorang lajak sampai kul 1 atau 2 pagi. Itu pun takde makanan dah, setakat nak minum kopi boleh lah. Hari Ahad semua shopping complex tutup, restoran dan kafe pun separuh jer yang bukak, kadang-kadang dah muak makan di tempat yang sama, akhirnya balik rumah makan salad dan roti sahaja. Nak tidur pun awal lagi maka masing-masing pergi ke gym ataupun berjogging sekitar taman. Itu sebab lah orang Jerman kurus-kurus gamaknya. Tak berapa cukup makan.
Untunglah orang Malaysia, makan mewah. Malaysia mendahului dengan 2-0.

3. Kanak-kanak
Imej dari britishcouncil.my
Kanak-kanak di Malaysia sangat beruntung sebab boleh tidur lambat. Pukul 9-10 malam boleh ikut mak bapak pergi shopping lagi. Boleh lepak-lepak kedai mamak atau gi tengok midnite cerita Transformers. Balik rumah jam 12 malam atau 1 pagi dan tidur kemudian esok bangun lambat takde hal punya. Setiap anak-anak sekrang ada gajet masing-masing. Semua pakat ada smartphone ataupun ipad atau tab atau apa saja yang canggih-canggih tu. Maka anak2 boleh main ipad atau tab sambil breakfast kat kedai mamak dan mak bapak boleh layan facebook tanpa gangguan. Kalau ada orang nak salam, anak tadi ada skill hulur tangan sebelah saja  sambil mata dan tangan sebelah lagi main ipad tu. Itu merupakan skill koordinasi yang bagus.
Kanak-kanak di Jerman pula malang sekali. Jam 8-9 malam semua dah kena tidur. Takde chance nak gi tengok midnite cerita Transformers. Kalau nak jugak maka kena tunggu pagi Sabtu maka barulah mak bapak bawak pergi tengok. Itu pun kalau cerita tu di label 12PG. Kalau tak memang melepaslah. Kalau bawak anak-anak gi makan atau minum kat restoran jam 9 malam memang kena jeling lah sebab memang takde budak2 lain kat dalam tu..awak sorang jer. Silap-silap mau kena tegur dengan makcik-makcik yang bermulut becok marahkan anda sebab bawak budak jalan malam-malam.
Lepas tu jangan harap lah nak berkepit dengan ipad atau tab atau phone dan sebagainya dan lepak kat kafe atau restoran atau di mana-mana kawasan public terutama ketika di meja makan. Biadap katanya kalau main benda alah tu kat meja makan, kena bersembang, kena jawab soalan pasal sekolah lah pasal itu lah pasal ini lah, memang takde chance lah nak main ipad bagai. Ada setengah tu umur dah 6-7 tahun, ipad pun tak pernah pegang. Kesiannnn.
Untunglah kanak-kanak di Malaysia. Malaysia terus mendahului dengan 3-0.

4. Pra-Persekolahan
Imej dari youngskingdom.com.my
Kanak-kanak di Malaysia sudah bijak pandai sekitar usia 4-6 tahun sebelum masuk sekolah lagi. Semua dah pandai membaca, mengira, menyelesaikan permasalahan matematik, menjawab pelbagai persoalan sains dan macam-macam lagi. Bila masuk darjah satu semua dah pandai. Ibu bapa kat rumah dah kurang beban mengajar sebab kat tadika semuanya dah diajar. Untunglah mak bapak semua sebab anak dah pandai, dan ada yang boleh speaking dah.
Di Jerman jangan kata speaking, dengar perkataan english pun belum tentu. Dah le rancangan tv semua dalam bahasa Jerman, kartun Spongebob pun dalam bahasa Jerman, macamana nak dengar perkataan English nyer kan? Mak bapak dah sah-sah berbahasa Jerman walaupun diorang tahu bahasa inggeris. Lepas tu di tadika belajar mengenal huruf, membaca dan mengira tu pun sikit sikit sahaja. Kalau yang boleh membaca dan mengira tu memang kira pandailah. Pegi tadika hari-hari main sahaja. Dah penat main, belajar hormat orang, belajar mendengar, belajar bercakap, belajar berdiam bila orang bercakap, belajar hormat orang yang lebih tua, belajar melintas jalan, belajar buang sampah, belajar kemas meja dan basuh pinggan mangkuk selepas makan dan pelbagai pelajaran sivik lain yang sungguh membosankan. Patutlah sampai dah besar panjang tak reti speaking English lagi.Hmmmm.
Nampak tak? Betapa untungnya kanak-kanak di Malaysia. Kita tambah skor lagi menjadi 4-0.

5. Memandu
Imej dari zerotohundred.com
Di Malaysia, hampir semua pemandu mempunyai deria ke-6 atau 6th sense. Ini kerana pemandu tak perlu bagi signal ketika membelok kerana kita tahu pemandu lain akan tahu atau kompom tahu yang kita akan membelok. Selain itu kalau nak cepat kita drive ikut emergency lane, kalau tak masuk situ rugilah lane tu besar dan membazir kalau tak digunakan. Nak potong que pun takde masalah sebab semua pemandu kita bertimbang rasa dan membenarkan kita potong que (kita tahu melalui deria ke-6 tadi yang pemandu lain tidak akan marah). Lepas tu lampu merah kita tak perlu berhenti, cuma perlu tengok-tengok sahaja kot-kot ada kereta lain, atau dengan gunakan deria ke-6 tadi dan kita pecut sahaja.
Pasal kadar kemalangan maut tu tak payah lah kita kira kan? Itu kan dah takdir dan ketentuan, kalau dah memang ajalnya mati eksiden, kita nak buat macamana kan? Kalau kita pakai seatbelt pun tapi kalau takdir nak mati, maka mati jugak kan?
Di Jerman, jangan harap nak jalan kalau lampu merah. Kalau langgar jugak maka anda kira alien lah sebab anda sorang jer yang buat. Lepas tu orang Jerman takde 6th sense macam orang Malaysia, maka semua orang bagi signal. Kalau jem maka semua terkedek-kedek jer, nak mencilok memang diaorang tak pandai langsung sebab kat sekolah memandu tak ajar semua tu. Kalau naik motor pun que jugak, apa ke pekdahnya naik motor tapi tak reti cilok dan que kat jem macam kereta? Bangang jugak orang Jerman ni. Diorang tak tau nak menggunapakai deria ke 6 tadi sebab tak pernah berlatih menggunakannya.
Kat Jerman pun ada kemalangan maut jugak, takde ler hari-hari. Jarang sangat dengar pasal mati eksiden ni. Mungkin sebab diorang tak pandai mencilok dan takde deria ke-6 tu gamaknya yang buat kurang eksiden. Tak thrill lah orang Jerman ni.
Nampak tak perbezaan yang ketara tu? Kalau anda duduk di Jerman memang hilanglah segala 6th sense atau deria ke-6 anda tadi. Sungguh saya tak tipu. Memang rugi duduk Jerman sebab dah hilang satu deria.
Oleh itu, Malaysia menang lagi 5-0



6. Remaja
Imej dari penanghardrockshotel.net
Menjadi remaja di Malaysia jauh lebih best berbanding Jerman. Kalau tak nak belajar boleh berhenti sekolah dan mak bapak boleh belikan motor sorang satu. Dah ada motor boleh lah merempit. Merempit ni untung sebab boleh dapat awek. Malam minggu boleh ramai-ramai berkumpul di tepi highway atau dekat plaza tol Puchong tu. Disebabkan ramai maka kereta tak berani nak langgar diorang semua. Lepas tu pakat-pakat race, dapat duit, dapat awek. Kalau yang tak berani race boleh tunjuk skill buat willy ke wikang ke (eh betul ke saya eja tu?). Nanti ada awek tengok sure berkenan di hati dan terus boleh dapat.
Selain itu lagi untung jadi remaja ni, kalau malas macamana pun makan tetap ada, rumah tetap ada sebab mak bapak tanggung. Lepas tu boleh pakai handphone mahal-mahal. Boleh tackle awek kalau handphone canggih lepas tu boleh wechat, tukar-tukar gambar dan pakai bahasa rahsia yang orang lain tak faham seperti “aq xrse kt kn d2q sme stu smp tth woe x2 kke2 kaüf sjs” yang entah apa orang lain susah nak decrypt.
Remaja di Jerman ni, sejak kalah perang dunia ke 2 memang dah tak pakai bahasa atau tulisan rahsia yang nak kena belajar 3 tahun untuk paham. Jadi skill diorang dah memang lemah sangat dah sejak kalah perang. Nak merempit? jauh sekali lah. Motor honda cup pun tak ada, apatah lagi Yamaha LC Demak. Mak bapak diorang pun jarang yang ada kereta, apatah lagi nak beli motor kat anak-anak, memang tak lah. Kalau nak merempit maka kena lah belajar racing, jadi professional kemudian barulah boleh tackle awek. Tu sebab orang macam Michael Schumacher, Sebastian Vettel, Nico Rosberg tu dah tua baru ada awek. Bagi yang tak nak jadi racer maka kena tunggu dewasa dulu lah dah ada duit baru beli motor Ducatti atau BMW tu buat merempit time musim panas.
Rugi, sungguh rugi jadi remaja Jerman ni. Memang remaja Malaysia terutama mat rempit menang besar bab ni. Dah 6-0.

7. Pengurusan Sampah
bm.selangorku.com
Ada tak rakyat Malaysia yang asingkan 4-5 jenis sampah? Sampah bio (sisa makanan atau mudah reput) sampah plastik, botol plastik, botol kaca, kertas atau kotak dan sampah pembungkusan seperti kotak air, tin sardin dan sebagainya? Ada? Penat dan leceh tau nak asing semua sampah tu. Dah ler kat dapur tu kena ada 3-4 biji tong sampah kalau nak asingkan semua. Kita sumbat jer dalam satu tong sampah besar, nanti pandai-pandai lah abang kerja kutip sampah tu asingkan kalau dia nak recycle. kalau tak pun nanti bila sampai pusat pelupusan, ramai orang-orang yang kerjanya dok cari barang kat longgokan sampah tu. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka mencari rezeki, betul tak?
Lepas tu kadangkala kita tak perlu tong sampah pun, sambil pandu kereta makan rambutan boleh terus baling keluar tingkap jer kulitnya. Kalau makan kuaci kat hospital sambil tunggu isteri bersalin pun boleh jer buang atas lantai tu, nanti ada makcik cleaner tolong sapukan. Kalau kita tak buat sampah, nanti ramai orang hilang kerja pulak kan? Kesian makcik cleaner tu takde kerja.
Kat Jerman, semuanya nak kena asingkan. Leceh betul, kalau tak asingkan nanti abang angkut sampah tu tengok dia tak ambil, dia buat bodo jer. Jadi nak tak nak kena lah, kalau tak busuk pulak rumah nanti. Sisa makanan seperti tin sardin, kotak air semua nak kena bilas dulu kemudian baru boleh buang, botol kaca hijau lain tong, botol kaca coklat lain tong, botol kaca putih lain tong. Naik menyampah lah. Kalau ada sampah kecil, nak buang rasa bersalah pulak sebab orang tak buang jadi simpan lah dalam poket dan bawak balik rumah.
Nampak tak betapa tersiksanya menguruskan sampah harian di Jerman? Nak tengok lipas pun tak ada, susahlah saya nak tunjuk kat anak macamana rupa lipas yang sebenar. Kat Malaysia jugak yang best. Anak-anak dapat tengok secara live macamana rupa lipas, lalat, tikus mondok, tikus cencorot dan juga burung gagak. Kat Jerman jangan harap lah.
Maka kita bagi lagi satu skor untuk Malaysia. Kini sudah 7-0. Takde balasan nampaknya dari Jerman.

8. Waktu Bekerja
Imej dari ecommercemilo.com
 Ini bab paling best. Orang Jerman memang tak pandai berhenti atau break time kerja ni. Bukannya tak ada langsung tapi ada lah bebrapa orang yang bijak, yang lain tu agak sendu sikit lah. Masuk opis jer terus kerja dan kerja. Facebook pun diorang tak berani bukak tau. Kalau dahaga maka minumlah kopi bekal tu, takpun kalau nasib baik ada pantry kat opis boleh buat air free. Takde lah nak break minum kopi atau ngeteh jam 10 pagi atau jam 4 petang. Time lunch pukul 1 semua pegi lunch dan pukul 2 semua dah ada depan komputer masing-masing. Kalau yang kaki rokok maka berkejaran turun ke bawah hisap rokok sepantas kilat dan lari balik ke opis sambung kerja. Pukul 5 semua terus balik sebab kerja dah siap, takde lah overtime dari boss. Balik rumah terus luangkan masa dengan keluarga atau pergi bersukan pulak.
Kita untung lah, masuk kerja punch-in lepas tu dapat pegi brekfast dulu. Lepas tu kul 9.30 ke 10 ke baru masuk opis. Duduk depan komputer bukak facebook dulu ye tak, nak update apa yang patut pastu baru start buat kerja. Pastu pegi lunch pukul 1, masuk balik ikut sedap lah, pukul 2.30 masih ok lagi. Nanti pukul 3.30 ke 4.00 ke boleh pegi minum petang pulak dan masuk balik sebelum pukul 5 dan duduk update facebook dulu. Dah pukul 5 atau 5.30 boleh balik dah. Kalau yang nak overtime sebab kerja tak siap sebab main facebook bolehlah sambung overtime. Kalau tak siap jugak kita buat overtime lusa pulak. Untunglah hari-hari dapat buat overtime, masyukkkk.
Jadi, nak kerja di Jerman? Tak payahlah, tak fleksible, takde overtime. Di Malaysia paling best. Kita skor lagi 8-0.

9. Temujanji Perkhidmatan
Imej dari blogsdicovermagazine.com
Untuk mendapatkan apa jua perkhidmatan di Malaysia, kita boleh terus saja pergi ke tempat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Nak servis kereta, maka pergi lah ke bengkel-bengkel berdekatan dan tunggulah. Kalau nak best sikit nak pergi ke Pusat Servis berjenama maka kena buat temujanji atau appointment. Kat Malaysia kalau nak ke klinik maka terjah sahaja mana-mana klinik dan tunggulah. Kalau yang ada appointment kat klinik atau hospital jam 10 pagi, kita ada masa 2 jam untuk berehat sambil menunggu jam 12 tengahari sebelum nama kita dipanggil walaupun appointment jam 10 pagi. Sambil tunggu kita boleh main facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Masa 2 jam menunggu tu sangat berfaedah kan?
Kat Jerman ni merepek sungguh. Nak pergi klinik kena buat appoinment, diorang ingat sakit yang datang tu by appointment jugak kot. Kalau appointment pukul 10.00 pagi maka sampai saja dalam 10.10 pagi terus dapat jumpa doktor, tak sempat nak rilek-rilek atau main facebook dulu. Nak pergi servis kereta kat bengkel-bengkel biasa pun nak kena buat appointment, pun sama tak sempat nak main facebook jugak. Nak tunggu orang datang pasang internet pun appointment, tapi lojik lah yang ni. Yang paling tak lojik nak kena appoinment dan tunggu orang datang baca meter api dan air. Dah ler nak datang bagi bil, nak kena appointment jugak. Best tak? Sangat tak best kan? dah ler tak sempat main facebook.
Jadi Malaysia skor lagi di sini. Sudah 9-0.


10. Kediaman
Imej dari thestar.com.my
Nak beli rumah agak mahal samada di Malaysia ataupun Jerman, jadi kita cerita pasal rumah sewa lah.
Kat Malaysia, nak sewa sangat mudah kan? Carilah iklan kat mana-mana, kat internet ada, kat tiang letrik ada, kat seven eleven ada. Dah jumpa, telefon tuan rumah, buat appointment pegi tengok rumah. Kalau ok bayar deposit 2+1 dan pindah masuk. Kadang-kadang takde agreement pun, main cakap mulut jer, kadang-kadang agreement satu mukasurat jer. Kalau taknak cari sendiri boleh suruh ejen carikan, lepastu tak payah bayar ejen, sebab tuan rumah yang akan bayarkan. Kalau nak untung sewa satu rumah, lepas tu sewakan pulak bilik-bilik lain kat orang lain dan naikkan harga sikit. Sewa rumah boleh bayar dan siap dapat untung lagi. Kalau geng Bangla atau Myanmar ke boleh ler kongsi-kongsi sewa satu apartment kecil dan duduk 10 orang. Bayar sorang RM100 jer sebulan. Natihjahnya, anda hidup harmoni dengan pelbagai bangsa dan budaya, ada bau kari, ada bau kucing panggang. Tompokan merah hasil ludahan air sirih pinang juga dapat menghiasi dinding koridor apartment kita. Seni tu.
Kalau rasa dah boring atau nak pindah maka bagitau tuan rumah dan pindahlah keluar. Tak nak bagitau pun tak apa, boleh lari jer keluar. Tuan rumah bukan boleh buat apa pun. Kalau sakit hati dengan tuan rumah, boleh longgokkan jer sampah sarap yang ada tu kat ruang tamu.
Orang Jerman ni seksa sikit lah nak sewa rumah. Ada law atau undang-undang penyewaan yang nak kena ikut. Nak jimat kena lah cari sendiri sebab kalau pakai ejen, penyewa yang nak kena bayar kat ejen. Mahal nak mampus pulak tu. Dah tu kalau berkenan kat rumah tu belum tentu boleh dapat lagi, kena ikut rules ditetapkan, kalau rumah tu ada 2 bilik dan muat untuk 3 orang sahaja maka hanya 3 orang dibenarkan duduk di dalam rumah tersebut. Kalau awak 4 orang, memang jangan haraplah. Jerman menetapkan yang setiap orang haruslah mempuyai ruang sekitar 500 kaki persegi untuk tinggal di dalam sesebuah rumah. Kalau dalam agreement kata 2 orang saja tinggal di situ maka kena 2 orang sajalah. Kalau dalam agreement kata pukul 12 tengahari sampai 3 petang tak boleh bising maka kena duduk diam-diam. Kalau bising jugak nanti polis ketuk pintu. Amboi polis Jerman ni tak ada kerja lain ke?
Kalaulah apartment kecil 650 kaki persegi, makanya seorang sahajalah boleh duduk di situ. Nak duduk 2 orang kena cari yang sekitar 900 kaki persegi. Sesetengah apartment kena interview dulu baru boleh masuk seperti yang saya kena. Macam-macam ditanyanya dan kalau tuan rumah puashati maka baru diberikan agreement 8-10 mukasurat untuk sign. Kalau dalam agreement kata tak boleh ada budak, maka tak bolehlah, kalau tak boleh ada binatang peliharaan maka tak bolehlah. Natijahnya, sunyi sepi dan aman damailah kediaman anda. Tiada jiran bangla atau myanmar, tiada bau kari maupun bau kucing panggang serta tompok seni hasil air ludahan sirih pinang.
Kalau nak keluar dari rumah, maka anda kena pastikan rumah tersebut kembali kepada keadaan asal pada hari pertama anda masuk. Kalau rumah tu kosong maka kena kosonglah, dia tak nak tengok ada perabut tinggal, ada lampu ada kipas dan sebagainya. Biasanya anda kena cat balik rumah tersebut seperti yang termaktub dalam agreement. Kalau gagal..maka saman, saman dan saman. Kuat betul orang Jerman ni saman orang.
Susahkan? Maka kita beri mata kemenangan besar kepada Malaysia 10-0.
————————————————————————————————————————–
Jadi cukuplah setakat 10 tu kan? Nanti apa pulak kata orang kan, juara dunia kena belasah 10-0.
Marilah kita sama-sama raikan kemenangan kita ini. Disamping itu saya juga menyeru kepada semua pembaca agar merenung juga di mana kelemahan pihak lawan kita sehingga boleh dibelasah sehingga begitu teruk sekali. Moga kita dapat jadikan iktibar kekalahan mereka tersebut agar kita terus dapat memperkuatkan dan menambah lagi kemenangan di masa yang akan datang.
Adakah anda betul-betul faham apa yang saya cuba sampaikan ini?
ENTAHLAH…I Dont Know. Kalau tak faham sindiran maka jangan bacalah!”
khairul signature

Sumber dari khairulabdullah.com

Sunday, September 20, 2015

7 Lokasi Air Terjun ‘That We Never Knew Existed And Beautiful!’

Siapa dekat sini gemar meluangkan masa dan beriadah di kawasan air terjun? Kalau ya, kita geng! Di Malaysia sememangnya terdapat puluhan malah ratusan kawasan air terjun yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai.
Kalau kami nak senaraikan kesemua air terjun tersebut, mungkin korang pun tak larat nak scroll semua. Jadi berikut antara 6 lokasi air terjun yang menarik dan korang wajib pergi! Jom!

Air terjun Sungai Chilling – Selangor

chill2
Air terjun Sungai Chilling antara kawasan air terjun yang cukup menarik terletak Kuala Kubu Baru, Selangor. Sesuai lah untuk korang yang malas nak travel jauh-jauh luar dari Selangor.
Untuk sampai ke kawasan air terjun ini, korang kena meredah dan menyeberangi beberapa sungai. Tak lama, lebih kurang sejam juga lah baru sampai hihi.
chill
Jangan risau, jalan straight je tak payah panjat-panjat. Namun kepenatan tersebut pastinya hilang sebaik korang sampai ke kawasan air terjun. Rugi tak pergi.
Nak lagi mencabar? Boleh try Lata Medang juga di Kuala Kubu Baru. Lebih kurang 2 jam berjalan baru sampai ke kawasan air terjun.

Air terjun Batu Berangkai – Perak

Air terjun Batu Berangkai ini terletak di Kampar, Perak. Kata mereka untuk merasai pemandangan dan air terjun yang lebih ‘terbaik’ korang kena mendaki sikit.
perakkkk

Air terjun Sungai Gabai & Sungai Congkak – Selangor

gabai
Air terjun Sungai Gabai dan Sungai Congkak ini terlelak di daerah Hulu Langat, Selangor. Pendek kata tak ada lah jauh mana pun dan sesuai untuk korang yang pergi nak balik hari (bagi yang tinggal di Lembah Klang okay lah kot)
Kedua-dua air terjun ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan terletak tidaklah jauh sangat antara satu sama lain. Dah pernah sampai?

Air terjun Lata Kinjang – Perak

lata kinjang
Air terjun yang terletak sejauh 18 kilometer dari pintu keluar Tapah ini boleh dilihat dari lebuhraya Utara-Selatan dari pintu keluar Tapah. Kami percaya ramai yang dah sampai sini kan? 
Air terjun ini memang sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan. Kalau bosan mandi kat bawah, korang boleh berjalan ke tingkat seterusnya. Kalau larat lah.

Air terjun Jerangkang & air terjun Berkelah – Pahang

Untuk korang yang dah bosan dengan kawasan air terjun di Selangor, boleh lah travel ke Pahang. Pahang memang banyak port air terjun.
Port air terjun yang kami nak share ini sesuai untuk korang yang gemar aktiviti mendaki. Sebabnya? Untuk sampai kawasan air terjun ni, korang kena lalui trek yang cukup mencabar ketahanan mental fizikal.
jer
Bagi kami air terjun Jerangkang & air terjun Berkelah yang terletak di Maran punya keistimewaan tersendiri. Ini antara lokasi air terjun wajib pergi bila berkunjung ke Pahang.

Hutan Lipur Chemerong & Air terjun Lata Tembakah – Terengganu

Screen Shot 2015-08-19 at 4.46.38 PM
Kedua-dua lokasi air terjun ini merupakan antara port terbaik yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Hutan Lipur Chemerong terletak di Hulu Dungun manakala air terjun Sekayu terletak di Hulu Terengganu.
Walaupun air terjun Sekayu ini pernah dikaitkan dengan beberapa kejadian mistik namun ianya tetap dikunjungi orang ramai. Iyalah yang penting niat nak pergi mandi manda je.

Air terjun Gunung Ledang – Johor

ledang
Negeri Johor juga mempunyai beberapa lokasi air terjun yang menarik. Pernah beberapa kali berkunjung ke sini, ianya satu pengalaman yang menyeronokkan.
Kalau larat korang boleh berjalan ke tingkat atas air terjun, boleh tahan tinggi dan agak curam juga lah. Untuk yang berkeluarga, dekat bawah pun dah terbaik.